Sunday, July 11, 2010

KEPERLUAN MEMBACA UNTUK KANAK-KANAK

Membaca adalah satu pengalaman yang menyeronokkan terutama bagi kanak-kanak yang berumur tiga hingga lima tahun. Pada peringkat ini, kanak-kanak adalah individu yang paling besar keinginannya untuk mempelajari, mengetahui, meneroka, mencuba dan menyelidik. Keupayaan mereka untuk mempelajari dan mengetahui sesuatu perkara akan bertambah-tambah jika mereka dapat mencuba dengan cepat dan berkesan.

Mengapa kemahiran membaca penting?

Keupayaan membaca menjadikan diri kanak-kanak lebih yakin, aktif dan bertenaga. Kemahiran membaca peringkat awal ini berkait dengan tiga agenda kehidupan manusia sepanjang masa.

1. Iktibar wahyu pertama

Wahyu Allah swt yang diturunkan kepada Rasulullah saw adalah perintah membaca. Dengan perantaraan membaca dan tulisan, Allah swt mengajar banyak pengetahuan kepada manusia. Jika perkara membaca ini telah dikuasai oleh kanak-kanak sejak usia tiga tahun, maka lebih banyaklah pengetahuan yang diperolehi. Firman Allah swt dalam surah Al Alaq ayat 3 hingga 5 yang bermaksud;

Bacalah dan Tuhanmulah yang paling pemurah, yang mengajar (manusia) dengan perantaraan kalam. Dia mengajarkan pada manusia apa yang tidak diketahuinya.”

Daripada perspektif Islam, mengajar kanak-kanak adalah satu tugas yang murni, amat penting dan diberi keutamaan. Contoh yang amat jelas kepada kita ialah peristiwa selepas peperangan Badar iaitu Rasulullah saw telah membuat keputusan mengenai tawanan perang seramai 70 orang. Mereka diberi dua pilihan iaitu bagi tawanan yang punya banyak harta, dia boleh menebus diri dengan wang, manakala bagi yang miskin tetapi pandai membaca, dia dikehendaki mengajar 10 orang kanak-kanak Islam sehingga pandai.

2. Merangsang perkembangan otak

Selepas bayi dilahirkan, biasanya ibu bapa dan keluarga sangat sibuk menyediakan keperluan fizikal seperti lampin, tempat tidur, pakaian dan keperluan-keperluan fizikal yang lain. Tetapi jarang sekali orang yang menyediakan keperluan untuk otak bayi yang sedang membangun pesat. Ketika lahir bayi biasanya mempunyai 1,000,000,000,000 (1 trilion) hingga 1,200,000,000,000 (1.2 trilion) sel otak. Dalam masa setahun, saiz otak menjadi tiga kali ganda.

Masa yang paling sesuai untuk mengajar kanak-kanak membaca ialah ketika otak mereka sedang pesat membangun iaitu 25 peratus ketika lahir, 50 peratus ketika berumur enam bulan, 85 peratus ketika berumur tiga tahun dan 95 peratus ketika mencapai umur enam tahun. Maklumat yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan kadar kepesatan otak membangun dan berkembang ialah semasa berumur 0 hingga 3 tahun. Jika rangsangan dan kemahiran membaca diberikan pada masa ini, ia akan memberi kesan yang paling optimum untuk menaikkan taraf kecerdikannya.

Kanak-kanak adalah golongan yang paling cepat mempelajari bahasa. Keupayaan mereka menambah perbendaharaan kata semakin bertambah setiap hari kerana mereka sentiasa bertanya dan ingin belajar. Apabila mencapai umur 5 tahun, dianggarkan 10,000 perbendaharaan kata telah terbentuk dalam diri mereka.

Kecerdikan kanak-kanak mempelajari bahasa boleh diperhati daripada keupayaan memilih perkataan tertentu dan menyusunnya menjadi struktur ayat yang difahami. Kanak-kanak boleh diajak bercakap dan membaca dengan betul sebelum berumur 5 tahun. Oleh yang demikian, kemahiran membaca pada peringkat awal dapat mempercepatkan proses penguasaan sesuatu bahasa di kalangan kanak-kanak.

3. Persediaan awal ke sekolah

Pada hari ini, hampir sebahagian besar kanak-kanak didedahkan kepada kemahiran membaca ketika memasuki Darjah Satu. Namun begitu, ramai juga yang gagal membaca walaupun telah belajar tiga atau empat tahun di sekolah. Bagi ibu bapa yang mengambil berat tentang kemahiran membaca terhadap anak-anak akan mendapati jauh lebih mudah mengajar anak-anak di peringkat umur tiga tahun berbanding enam tahun kerana kemampuan mengingat dan menyerap maklumat sangat kuat dan pantas.

Kanak-kanak belajar membaca awal biasanya lebih terkehadapan, lebih maju dan boleh bersaing dengan rakan-rakan apabila menjejakkan kaki ke alam persekolahan. Apabila diuji dengan peperiksaan, tentulah mereka lebih cepat dan tangkas memberi jawapan.

Faedah membaca kepada kanak-kanak

Manfaat membaca terlalu besar apatah lagi kanak-kanak. Membaca awal bererti terkehadapan. Terdapat empat faedah utama yang akan memberi kelebihan kepada mereka iaitu :

1. Proses pembelajaran menjadi lebih lancar dan mudah

Kanak-kanak yang dapat membaca tentulah akan lebih mudah diberi rangsangan dan dorongan untuk belajar. Kenikmatan membaca di kalangan kanak-kanak memang berbeza daripada orang dewasa kerana semangat ingin tahu mereka sangat tinggi. Dengan membaca, mereka dapat meluaskan pengetahuan dan pengalaman.

Apa sahaja perkataan yang dilihat akan ditanya dan jika tidak faham, ditanya lagi sehingga mereka berpuas hati. Melalui budaya bertanya inilah akan membentuk budaya ingin tahu. Cuba kita bayangkan, sekiranya 100,000 orang kanak-kanak memasuki alam persekolahan telah dapat membaca dengan lancar dan berkesan, negara akan melahirkan satu generasi pelajar yang celik huruf, pintar dan bijaksana mencari ilmu dalam tempoh 20 tahun sahaja.

2. Seronok untuk ke sekolah

Melalui pembacaan, kanak-kanak dapat menguasai sejuta perkataan. Begitulah kesan kemahiran membaca ke atas kanak-kanak. Sistem pendidikan di sekolah yang menitikberatkan aspek membaca adalah satu saham yang amat besar terhadap kanak-kanak yang tahu membaca.

Apabila sudah tahu teknik membaca, mengenal huruf, memahami perkataan dan minat membaca, mereka akan terus membaca di mana-mana sahaja dan bertambah-tambah minat untuk belajar perkara-perkara yang baru di sekolah.

3. Rangsang minat membaca

Membaca adalah jambatan ilmu. Dengan ilmu manusia dipandang mulia sama ada di dunia ataupun akhirat. Minat membaca pada kanak-kanak boleh dirangsang dan dibentuk ketika mereka berumur 18 bulan lagi. Dengan menghadiahkan buku ketika anak-anak mendapat kejayaan dalam pelajaran adalah satu dorongan yang amat bermakna untuk menambah minat membaca mereka.

4. Mempercepatkan proses kematangan

Kemahiran dan keupayaan membaca bukan sekadar membantu anak-anak berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan tetapi membantu meningkatkan proses perkembangan mental, psikologikal dan sosial yang lebih baik.

Keempat-empat faedah ini boleh dikembangkan lagi supaya ibu bapa dapat memaksimumkan potensi perkembangan mental dan fizikal anak-anak khususnya anak perempuan.

Pada era teknologi maklumat sekarang, pencerapan ilmu paling banyak diperolehi melalui pembacaan dan pemerhatian. Faedah membaca akan nampak nyata pada orang yang mengamalkan ilmu atau idea yang diperolehi daripada proses membaca. Bagi kanak-kanak, membaca membuatkan mereka mempelajari sesuatu yang baru dan menambah tahap kecerdikan untuk bertanya, mengambil tahu dan melaksanakan apa yang mereka tahu. Sebab itulah kita lihat kanak-kanak yang bijak, keupayaan sosialnya lebih baik kerana proses membaca dapat membentuk pemikiran mereka untuk berfikir dan membuat keputusan yang bersesuaian dengan tahap usia masing-masing.

Pendidikan adalah survival bagi masa hadapan seorang kanak-kanak. Mereka harus dibekalkan dengan segala persediaan awal yang dapat mempastikan survival mereka dalam persekitaran masyarakat yang bersaing. Salah satu survival kanak-kanak ialah kemahiran membaca supaya dapat bersaing dan bergerak ke hadapan menghadapi cabaran.

http://zahirzainudin.blogspot.com/2006/11/keperluan-membaca-untuk-kanak-kanak.html

Thursday, July 8, 2010

Pendekatan berema

Pendekatan Bertema
- merangkumi koleksi bahan, aktiviti dan teknik yang disusun
sekitar konsep atau tema.
- alat pengelolaan kepada guru untuk menghubungkan antara
mata pelajaran.
- membolehkan pelajar menghubungkan di antara pemahaman,
sikap dan kemahiran termasuk juga bidang-bidang kurikulum

Pemilihan dan Penentuan Tema
- berasaskan konsep, berasaskan kemahiran, berasaskan
kandungan dan kemahiran, berfokus kepada isu, berfokus
kepada projek, berorientasikan kajian kes

Pemilihan tema perlu mempertimbangkan aspek-aspek
berikut
(i) Boleh merentas semua matapelajaran
(ii) Bersesuaian dan berkaitan dengan dengan pengalaman
dan kehidupan pelajar
(iii) Bersesuaian dengan situasi, masa atau peristiwa
(iv) Kemudahan untuk mendapatkan bahan dan sumber yang
akan digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(v) Guru berminat terhadap tema yang dipilih
(vi) Pemeringkatan tema dari yang mudah kepada yang lebih
mencabar

Kelebihan Pendekatan Bertema kepada Pelajar
(i) untuk mewujudkan suasana yang menyeronokan dan kondusif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(ii) untuk menyemai daya imaginasi melalui penerokaan,
(iii) dapat meluahkan perasaan melalui pelbagai aktiviti
berlandaskan pengetahuan dan pengalaman lalu,
(iv) dapat menghadapi cabaran
(v) dapat membuat pilihan yang sesuai dan relevan dalam
kehidupan,
(vi) untuk memperbaiki kemahiran interpersonal dan intrapersonal
(vii) menyemai nilai empati ,harmoni dan pemahaman sesame
insan yang pelbagai budaya
(viii) untuk membangunkan pembelajaran menyeluruh yang
menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

(b) Kekuatan
(i) pelajar berpeluang untuk meluahkan perasaan berdasarkan
pengalaman verbal dan bukan verbal sama ada berbentuk
pergerakan, imej visual, prop, bunyi dan muzik berasaslam tema
yang diberi
(ii) persembahan akan menjadi lebih menarik melalui pelbagai
aktiviti dan kreativiti yang tinggi
(iii) pelajar lebih berkeyakinan dan pembelajaran lebih
menyeronokkan
(iv) berpeluang untuk menyemai dan mengaitkan idea-idea dan
imaginasi baru
(v) dapat menilai kefahaman konsep melalui aktiviti-aktiviti yang
dijalankan
(vi) dapat menghubungkait pengetahuan dan kemahiran

(c) Isu/Cabaran
(i) kecekapan guru di dalam pelbagai bidang mata pelajaran
(ii) untuk membentuk jaringan ahli dalam kumpulan
(iii) hasil pembelajaran berbagai dalam bidang mata pelajaran yang
berbeza-beza
(iv) sukar untuk menilai skop pemahaman yang luas
(v) kesukaran untuk membuat penilaian kerana kebolehan yang
berbeza

Tema dengan Isi Kandungan Mata Pelajaran
- Pilih tema yang berkaitan dengan kehidupan seharian anda dan
cuba terokai.

Cara menjalankan Pendekatan Bertema
(i) Aktiviti K-W-L.
ı K (know) --- Apa yang saya tahu tentang tajuk ini?
ı W (want) --- Apa yang saya ingin tahu tentang tajuk ini?
ı L (learn) --- Apa yang saya belajar dari tajuk ini?
(ii) Dapatan seorang pembentang untuk bercakap mengenai
sesuatu tajuk seperti alam semula jadi, komunikasi, perakaunan,
iklim, puisi dan lain-lain seperti sains, agama, moral, kemahiran
hidup.
(iii) Cara yang mudah untuk memulakan sesuatu unit ialah dengan
membacakan sebuah cerita kepada kelas
(iv) Tunjukkan gambar-gambar atau rakaman video untuk
memulakan sesuatu unitjika tajuk-tajuk itu tentang bunyi-bunyian
sebuah kolej tentang gambar-gambar boleh dipamerkan di atas
papan bulletin bagi menunjukkan pelbagai contoh mengenai
manusia dan mesin yang berupaya mengajar atau menyatakan
mesej.
(v) Mainkan sebuah rakaman atau kaset
(vi) Dedahkan pelajar mempelajari puisi contohnya bahasa dan
muzik
(vii) Dedahkan pelajar membuat aktiviti pemerhatian contohnya
sains dan matematik
(viii) Bawa bahan bantu mengajar contoh batu karang

Tema dengan Kemahiran
-Tema yang dipilih hendaklah merupakan tema yang dapat mempertingkatkan kemahiran
diri pelajar

JENIS TEMA
1. Tema-Persekitaran - Persekitaran fizikal yakni pelbagai
bahan, ruang untuk bermain dan cukup masa mampu memberi
kesan ke atas perkembangan kanak-kanak bermain. Persekitaran
sosial dipengaruhi oleh gaya penjagaan ibu bapa, interaksi dengan
rakan sebaya serta sokongan
2. Persekitaran- Alam Semulajadi - peranan dan
kefahaman tentang persekitaran alam semula jadi yang meliputi
segala aspek yang berada dipersekitarannya, tempat dan habitat
semua hidupan tingal dan berinteraksi antara satu sama lain dalam
ekosistem yang seimbang
3. Tema dan Masyarakat - penekanan terhadap manusia,
sosial dan budaya.
4. Tema Komunikasi - Komunikasi merujuk kepada
perlakuan tindak balas seseorang atau lebih untuk menghantar dan
menerima berita yang berlaku dalam konteks mempunyai kesan dan
memberi sedikit peluang untuk maklum balas. Verbal ( dlm bentuk
bahasa ) bukan verbal ( isyarat)

RM300 juta bina kelas prasekolah


ARKIB : 27/06/2010
RM300 juta bina kelas prasekolah


MUHYIDDIN Yassin bersama isteri, Noorainee Abdul Rahman mendengar penerangan pengetua, Agnes Langgi (kanan) sewaktu pelancaran Pra Sekolah Rumah Panjang di Kampung Sapak, Pantu di Sri Aman, Sarawak, semalam.

SRI AMAN 26 Jun - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM300 juta untuk membina 1,153 buah kelas prasekolah di seluruh negara bagi tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia sejajar dengan usaha meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah berumur empat dan lima tahun sebanyak 20 peratus daripada 67 peratus pada 2009 kepada 87 peratus pada 2012.

Sehingga kini katanya, kelas prasekolah di bawah kementerian berjumlah 7,511 buah manakala sebanyak 8,525 lagi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 1,643 kelas dan pihak swasta berdaftar 6,412 kelas.

''Sehingga 31 Mei lalu, kadar penyertaan kanak-kanak dalam prasekolah mencapai 70.4 peratus dan ini amat membanggakan. Saya yakin sasaran yang ditetapkan pasti tercapai dengan komitmen semua pihak," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian dalam ucapan Pelancaran Prasekolah Rumah Panjang Sarawak dan Perasmian Prasekolah Kampung Sapak, Pantu dekat sini hari ini.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Seri Jumaini Tuanku Bujang; Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan.

Sementara itu, beliau berkata, guru-guru termasuk di pedalaman yang ponteng mengajar semata-mata mahu balik kampung bakal menghadapi tindakan disiplin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang pertama kali mendengar ada guru ponteng daripada bertugas, berjanji untuk menyiasat kebenaran dakwaan tersebut.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive

Tiada cadangan ambil prasekolah Kemas

Tiada cadangan ambil prasekolah Kemas

2010/07/08

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, ketiga-tiga komponen yang ada di bawah rangka sistem pendidikan prasekolah membabitkan prasekolah bawah Kementerian Pelajaran, Kemas dan Perpaduan boleh wujud bersama.


Menurutnya, setakat ini Kemas mempunyai 8,761 kelas prasekolah, 7,521 kelas bawah Kementerian Pelajaran dan 1,643 kelas di bawah Perpaduan. “Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kualiti pendidikan prasekolah Kemas dan Perpaduan ditingkatkan dari segi kualiti gurunya, infrastruktur dan bantuan supaya setaraf dengan kualiti prasekolah Kementerian Pelajaran,” katanya, menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).


Tajuddin ingin tahu tindakan kerajaan memastikan sukatan pelajaran bagi kelas prasekolah mempunyai sukatan pelajaran dan tenaga pengajar berkualiti, malah mempunyai piawaian sama dan sama ada kerajaan bercadang meletakkan prasekolah di bawah satu agensi.


Wee berkata, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha menggilap potensi kanak-kanak di peringkat prasekolah.


“Pendidikan prasekolah diperkasakan dan dijadikan aliran perdana,” katanya.


Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara The New Straits Times Press (M) Berhad

http://www.hmetro.com.my/articles/TiadacadanganambilprasekolahKemas/Article/art_print

4.45 pm

Pendidikan prasekolah perlu alami anjakan

Utusan Malaysia Online - Pendidikan

Pendidikan prasekolah perlu alami anjakan

KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pendidikan prasekolah perlu mengalami anjakan agar ia berupaya menjadi pemangkin memenuhi perkembangan kanak-kanak, bangsa dan keperluan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pendidikan prasekolah perlu bersifat futuristik seiring dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat madani.

"Masyarakat madani ini perlu berpegang kepada teras keimanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, berpandangan jauh, citra diri yang tinggi dan berdisplin.

''Masyarakat ini juga perlu mengamalkan cara hidup yang cemerlang seiring dengan penghayatan semangat 1Malaysia,'' katanya.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, hakikat ini dapat diterjemahkan melalui sistem pendidikan prasekolah yang bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan sentiasa mendepani keperluan perkembangan kanak-kanak prasekolah.

Sehubungan itu katanya, guru-guru prasekolah perlu dilatih supaya dapat menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna seta tidak membosankan kepada kanak-kanak.

ARKIB : 02/07/2010
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm&arc=hive

Wednesday, July 7, 2010

sudut-sudut di prasekolah

Beberapa sudut pembelajaran di kelas prasekolah saya muatkan untuk tatapan anda. Apa yang ada perlu lakukan ialah. uploadkan gambar ke halaman web iaitu http://www.slide.com/. kenalah register dulu dengan sign up. barulah boleh upload gambar kita. dalam slide.com anda boleh create slideshow pilihan anda sendiri. Ini adalah pengalaman pertama saya mencuba. selamat mencuba.

Friday, July 2, 2010

LAGU HARI HUJAN

tajuk lagu : Rain-rain go away