Showing posts with label keratan akhbar. Show all posts
Showing posts with label keratan akhbar. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

RM300 juta bina kelas prasekolah


ARKIB : 27/06/2010
RM300 juta bina kelas prasekolah


MUHYIDDIN Yassin bersama isteri, Noorainee Abdul Rahman mendengar penerangan pengetua, Agnes Langgi (kanan) sewaktu pelancaran Pra Sekolah Rumah Panjang di Kampung Sapak, Pantu di Sri Aman, Sarawak, semalam.

SRI AMAN 26 Jun - Kementerian Pelajaran memperuntukkan RM300 juta untuk membina 1,153 buah kelas prasekolah di seluruh negara bagi tempoh dua tahun pertama Rancangan Malaysia Ke-10 (RMK-10), kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri berkata, ia sejajar dengan usaha meningkatkan kadar penyertaan murid prasekolah berumur empat dan lima tahun sebanyak 20 peratus daripada 67 peratus pada 2009 kepada 87 peratus pada 2012.

Sehingga kini katanya, kelas prasekolah di bawah kementerian berjumlah 7,511 buah manakala sebanyak 8,525 lagi di bawah Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) 1,643 kelas dan pihak swasta berdaftar 6,412 kelas.

''Sehingga 31 Mei lalu, kadar penyertaan kanak-kanak dalam prasekolah mencapai 70.4 peratus dan ini amat membanggakan. Saya yakin sasaran yang ditetapkan pasti tercapai dengan komitmen semua pihak," katanya.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata demikian dalam ucapan Pelancaran Prasekolah Rumah Panjang Sarawak dan Perasmian Prasekolah Kampung Sapak, Pantu dekat sini hari ini.

Turut hadir, isterinya, Puan Sri Noorainee Abdul Rahman; Menteri Perumahan dan Pembangunan Bandar Sarawak, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg dan isteri, Datin Seri Jumaini Tuanku Bujang; Menteri Kemajuan Tanah Sarawak, Datuk Seri Dr. James Jemut Masing dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balai Ringin, Snowdan Lawan.

Sementara itu, beliau berkata, guru-guru termasuk di pedalaman yang ponteng mengajar semata-mata mahu balik kampung bakal menghadapi tindakan disiplin, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Timbalan Perdana Menteri yang pertama kali mendengar ada guru ponteng daripada bertugas, berjanji untuk menyiasat kebenaran dakwaan tersebut.


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0627&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_04.htm&arc=hive

Tiada cadangan ambil prasekolah Kemas

Tiada cadangan ambil prasekolah Kemas

2010/07/08

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, ketiga-tiga komponen yang ada di bawah rangka sistem pendidikan prasekolah membabitkan prasekolah bawah Kementerian Pelajaran, Kemas dan Perpaduan boleh wujud bersama.


Menurutnya, setakat ini Kemas mempunyai 8,761 kelas prasekolah, 7,521 kelas bawah Kementerian Pelajaran dan 1,643 kelas di bawah Perpaduan. “Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kualiti pendidikan prasekolah Kemas dan Perpaduan ditingkatkan dari segi kualiti gurunya, infrastruktur dan bantuan supaya setaraf dengan kualiti prasekolah Kementerian Pelajaran,” katanya, menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).


Tajuddin ingin tahu tindakan kerajaan memastikan sukatan pelajaran bagi kelas prasekolah mempunyai sukatan pelajaran dan tenaga pengajar berkualiti, malah mempunyai piawaian sama dan sama ada kerajaan bercadang meletakkan prasekolah di bawah satu agensi.


Wee berkata, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha menggilap potensi kanak-kanak di peringkat prasekolah.


“Pendidikan prasekolah diperkasakan dan dijadikan aliran perdana,” katanya.


Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara The New Straits Times Press (M) Berhad

http://www.hmetro.com.my/articles/TiadacadanganambilprasekolahKemas/Article/art_print

4.45 pm

Pendidikan prasekolah perlu alami anjakan

Utusan Malaysia Online - Pendidikan

Pendidikan prasekolah perlu alami anjakan

KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, pendidikan prasekolah perlu mengalami anjakan agar ia berupaya menjadi pemangkin memenuhi perkembangan kanak-kanak, bangsa dan keperluan negara.

Timbalan Perdana Menteri berkata, pendidikan prasekolah perlu bersifat futuristik seiring dengan aspirasi negara untuk membina masyarakat madani.

"Masyarakat madani ini perlu berpegang kepada teras keimanan, mempunyai ketahanan diri, memiliki identiti bangsa Malaysia, berpandangan jauh, citra diri yang tinggi dan berdisplin.

''Masyarakat ini juga perlu mengamalkan cara hidup yang cemerlang seiring dengan penghayatan semangat 1Malaysia,'' katanya.

Timbalan Perdana Menteri memberitahu, hakikat ini dapat diterjemahkan melalui sistem pendidikan prasekolah yang bersifat holistik, tidak terlalu akademik dan sentiasa mendepani keperluan perkembangan kanak-kanak prasekolah.

Sehubungan itu katanya, guru-guru prasekolah perlu dilatih supaya dapat menyediakan peluang pembelajaran yang menyeronokkan dan bermakna seta tidak membosankan kepada kanak-kanak.

ARKIB : 02/07/2010
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0702&pub=utusan_malaysia&sec=Pendidikan&pg=pe_01.htm&arc=hive