Thursday, July 8, 2010

Tiada cadangan ambil prasekolah Kemas

Tiada cadangan ambil prasekolah Kemas

2010/07/08

Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong (gambar) berkata, ketiga-tiga komponen yang ada di bawah rangka sistem pendidikan prasekolah membabitkan prasekolah bawah Kementerian Pelajaran, Kemas dan Perpaduan boleh wujud bersama.


Menurutnya, setakat ini Kemas mempunyai 8,761 kelas prasekolah, 7,521 kelas bawah Kementerian Pelajaran dan 1,643 kelas di bawah Perpaduan. “Di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kualiti pendidikan prasekolah Kemas dan Perpaduan ditingkatkan dari segi kualiti gurunya, infrastruktur dan bantuan supaya setaraf dengan kualiti prasekolah Kementerian Pelajaran,” katanya, menjawab soalan Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak).


Tajuddin ingin tahu tindakan kerajaan memastikan sukatan pelajaran bagi kelas prasekolah mempunyai sukatan pelajaran dan tenaga pengajar berkualiti, malah mempunyai piawaian sama dan sama ada kerajaan bercadang meletakkan prasekolah di bawah satu agensi.


Wee berkata, kerajaan sentiasa memberikan keutamaan kepada usaha menggilap potensi kanak-kanak di peringkat prasekolah.


“Pendidikan prasekolah diperkasakan dan dijadikan aliran perdana,” katanya.


Hubungi bahagian pengiklanan kami untuk tujuan pengiklanan dan tajaan di dalam Harian Metro Online .
© Hak cipta terpelihara The New Straits Times Press (M) Berhad

http://www.hmetro.com.my/articles/TiadacadanganambilprasekolahKemas/Article/art_print

4.45 pm

0 comments:

Post a Comment